malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN akan rangka manifesto khas Sabah, Sarawak
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan merangka manifesto khas buat negeri Sabah dan Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya akan memberikan perhatian khusus serta meminta pimpinan gabungan parti-parti itu untuk memahami struktur politik di kedua-dua negeri itu.

Perkara itu juga katanya akan dibincangkan oleh jawatankuasa khusus yang akan menyerahkan laporannya kepada majlis presiden HARAPAN pada 24 Ogos.

“Kita beri perhatian pada Sabah dan Sarawak panjang lebar bahawa amat perlu pimpinan Pakatan Harapan memahami masalah dan perasaan orang Sabah dan Sarawak.

“Kita ingin mendengar cadangan semua pihak khusus cadangan manifesto Sabah dan Sarawak termasuk seluruh Malaysia,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini.

Terdahulu Dr Mahathir menghadiri mesyuarat bersama pimpinan HARAPAN di Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan logo gabungan pembangkang itu.

Katanya, pihaknya telah menghantar logo baru pada 28 Julai lalu dan sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dr Mahathir turut meminta supaya ROS mempercepatkan proses pendaftaran itu bagi menghadapi PRU yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

“Kita belum dapat apa-apa jawapan dari ROS dan kita telah berjumpa dengan pegawai ROS untuk mendengar pandangan mereka pada logo parti dan dah kemukakan logo baru dengan nama penuh HARAPAN.

“Kita perlu sediakan untuk PRU, untuk PRU kita perlu ada bendera, sepanduk dan kita perlu ada logo yang ada simbol HARAPAN,” katanya.

Lihat Komen