malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zaid fail semakan, mahu kes AG didengar tanpa CJ
ADS

Datuk Zaid Ibrahim memfailkan permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya bagi mencabar keputusan peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana tidak mendakwa perdana menteri berhubung skandal 1MDB.

Bekas menteri undang-undang itu bercadang mengetepikan keputusan 28 Julai lalu yang dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif.

Permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Zaid menyebut bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya memaklumkan pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 28 Julai bahawa Md Raus harus dikecualikan.

Bagaimanapun, Zaid berkata panel itu telah menolak permohonannya dan ketua hakim memutuskan tidak akan menarik diri dengan mengatakan beliau akan mengadili kes itu mengikut undang-undang dan fakta.

"Peguam saya memaklumkan kepada panel hakim bahawa walaupun perkara itu ditujukan terhadap peguam negara, sasaran sebenar permohonan semakan kehakiman adalah Perdana Menteri Najib Razak dan suspek berada dalam siasatan jenayah berkaitan penerimaan sejumlah sebesar wang olehnya dalam akaun peribadinya dengan AmBank Islam.

"Adalah suspek yang mengesyorkan pelantikan ketua hakim ke jawatannya. Selain itu, terdapat hubungan peribadi yang kuat antara ketua hakim dan suspek (yang merupakan perdana menteri).

"Ini terbukti apabila ketua hakim menghadiri majlis doa selamat yang diselenggarakan oleh suspek pada hari ulang tahun suspek. Tidak ada anggota Mahkamah Persekutuan hadir di majlis itu," kata Zaid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen