malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kes OSA: Peguam Rafizi dakwa hakim 'salah kaedah'
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa mahkamah rendah telah mengambil 'kaedah yang salah' dalam menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan kepada anggota parlimen PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsi Rasmi (OSA) 1972.

Peguam bela Gobind Singh Deo menunjukkan makna tidak konsisten pada halaman 98 laporan audit 1MDB. Menurut Gobind hakim Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan melihatnya sebagai 'sebahagian halaman' manakala tertuduh pula melihatnya sebagai 'keseluruhan halaman'.

Justeru itu, jelas Gobind, hakim tidak mempunyai pengetahuan lengkap terhadap bukti fizikal.

Gobind berkata hanya sebahagian sahaja halaman laporan yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes dan hakim salah dalam pendekatannya.

Menurut Gobind jika hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan memberitahu Rafizi bahawa halaman 98 dapat ditakrifkan sebagai 'sebahagian halaman' maka pihak pembelaan akan mengambil pendekatan berbeza.

Bagaimanapun timbalan pendakwaraya awam Abazafree Abbas berhujah perlindungan dokumen rasmi merupakan tujuan OSA. Pihak pendakwaan berkata sudah mencukupi jika mereka hanya perlu membuktikan dokumen yang dimiliki Rafizi diklasifikasikan di bawah OSA.

Setelah mendengar hujah-hujah yang dikemukakan kedua-dua belah pihak hakim Azman Abdullah menetapkan tarikh 23 Ogos 2017 ini untuk membuat keputusan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen