malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PKR panggil pimpinan negeri berhubung jawatan di K'tan
ADS

Biro Politik PKR memutuskan untuk mendengar "rayuan" ketua perhubungan negeri Kelantan berhubung arahan parti untuk meletak jawatan daripada kerajaan pimpinan PAS Kelantan, kata sumber parti.

Hal ini berikutan dakwaan pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir bahawa kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu walaupun terdapat arahan kepimpinan pusat untuk ahli majlis tempatan daripada PKR meletakkan jawatan mereka.

Seorang ahli biro politik PKR memberitahu Malaysiakini partinya difahamkan kerajaan negeri mahu mereka terus berkhidmat.

Menurut satu sumber lain, Ab Aziz akan hadir ke mesyuarat mingguan biro politik pada Selasa depan.

Biro politik PKR pada 16 Mei lalu mengarahkan kesemua pimpinannya untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan Kelantan sebagai maklum balas terhadap PAS yang memutuskan hubungannya dengan PKR.

Semalam, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ahli-ahli majlis tempatan PKR menunda perletakan jawatannya kerana mereka masih menunggu tungakan pembayaran balik tuntutan kewangan yang dibuat.

[Baca berita asal]
 

Lihat Komen