malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Ketika kekayaannya dipertikaikan pembangkang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini tampil mengisytiharkan dirinya bebas rasuah.

“Saya, KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan jabatan-jabatan bawahnya bebas daripada rasuah,” katanya.

Zahid juga berkata bukan mudah untuk menterjemahkan sikap itu untuk diri sendiri dan “anak-anak buahnya” untuk bebas daripada dadah.

“Bukan mudah.

“(Ia) boleh dilakukan jika kita ada pegangan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan ikrar bebas rasuah (IBR) oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafar Ali dan lebih 400 pegawai jabatan itu di di Putrajaya pagi ini.

Minggu lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas ketika ditanya berkaitan dakwaan terdapat RM230 juta dalam akaunnnya ketika mula-mula dilantik sebagai ketua Pemuda Umno pada 1996.

Zahid berkata wang itu diperoleh hasil penglibatannya dalam bidang korporat sebelum menyertai politik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen