malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
RCI bermula, tak hirau bantahan peguam Anwar, Mahathir
ADS

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara pada era 90-an memulakan pendengaran hari ini.

Ia dimulakan walaupun terdapat bantahan oleh dua pemimpin utama pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Haniff Khatri Abdulla dan R Sivarasa sebelum ini mempersoalkan sama ada keanggotaan suruhanjaya itu mengikut undang-undang dan tidak melanggar keadilan asasi.

Mereka berpendapat bahawa keanggotaannya tidak harus mirip dengan keanggotaan pasukan petugas yang mencadangkan pembentukan RCI sebelum ini.

Kedua-dua peguam itu juga memohon untuk mengambil bahagian secara aktif dalam prosiding.

Bagaimanapun, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai enam panel anggota, berkata pelantikan anggota-anggota dalam RCI itu dibuat dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru itu kami berpendirian bahawa kita akan teruskan (inkuiri),” kata Sidek.

Beliau membenarkan peguam-peguam itu hadir dalam prosiding tetapi menegaskan isu yang akan dibangkitkan “tertakluk kepada isu-isu yang relevan seperti dalam terma rujukan yang diputuskan sebelum ini”.

Anggota-anggota lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen