malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam Dr M mahu soal balas saksi RCI forex
Diterbitkan:  Aug 7, 2017 7:07 PM
Dikemaskini: 11:27 AM
ADS

Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara akan bermula esok hari dan para peguam mewakili bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bertekad untuk terlibat aktif dalam prosiding tersebut.

Menurut peguam Haniff Khatri Abdulla, hal ini termasuklah mengendalikan pemeriksaan dan menyoal balas para saksi.

Dalam mesej beliau kepada Malaysiakini, Hanif berkata pasukan peguam Mahathir telah menulis surat kepada setiausaha suruhanjaya Yusuf Ismail.

Surat tersebut menyatakan Mahathir akan melaksanakan hak untuk hadir sepanjang prosiding melalui para peguam beliau.

Hanif menjelaskan surat tersebut ditulis berdasarkan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Para peguam Dr Mahathir akan hadir ke prosiding RCI forex yang bakal berlangsung di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Suruhanjaya itu ditubuhkan pada 15 Julai 2017 lalu dan keanggotaan suruhanjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjaya dengan enam keanggotaan itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Suruhanjaya itu turut dianggotai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Suruhanjaya tersebut turut ditugaskan menyiasat sebarang cubaan untuk memperdaya parlimen dan kabinet berhubung kerugiannya pada penghujung 1980an sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen