malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Najib: Tak masuk akal Zahid minta sokongan Mahathir
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan keyakinan penuh terhadap kesetiaan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menimbulkan keraguan.

Najib berkata, beliau percaya Zahid tidak akan berpaling semula kepada Mahathir selepas apa yang pernah dilakukan terhadapnya oleh bekas perdana menteri itu.

Beliau merujuk penahanan Zahid di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Mahathir menjadi perdana menteri yang disifatkan seperti meletakkan "pistol ke kepala Zahid".

"Sebab itu Zahid kata (dia) tak lupa. Sebab itu tak masuk akal lepas jadi TPM dia jumpa Mahathir minta sokongan. Tak mungkin dan tak betul dan satu fitnah sama sekali," kata Najib ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Shah Alam hari ini.

Mahathir dalam blognya baru-baru ini mendakwa Zahid menemuianya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Sambil menafikan dakwaan itu, Najib menegaskan hubungan dengan timbalannya itu terjalin sejak 30 tahun lalu.

"Sekarang dia (Mahathir) nak lagakan saya dan Zahid. Dia tak tahu (hubungan) saya dan Zahid bukan baru ni, (sejak) tahun 1986 susah senang bersama.

"Saya pernah pertahankan Zahid di Bagan Datoh lawan ketua bahagian, akhirnya menang dengan 11 undi.

"Saya pertahankan Zahid dari muda sebab dia rakan saya, rakan sahabat dalam perjuangan. Kesengsaraan dia saya tahu.

"Zahid dulu ketua pemuda Umno tapi dimasukkan bawah ISA. Cuba bayangkan saya masukkan ketua pemuda bawah ISA," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen