malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Tak bijak main poker bogel dengan Dr M'
Diterbitkan:  Aug 5, 2017 9:01 PM
Dikemaskini: 4:33 PM
ADS

Menggali semua keburukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan merupakan strategi yang bijak, kata seorang pemimpin Umno Johor.

Menyamakannya dengan permainan strip poker (bermain terup untuk menanggalkan pakaian pihak lawan), Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata setiap kali seseorang berkata mengenai Mahathir, bekas perdana menteri itu akan membalas dengan sesuatu yang lebih buruk.

"Dalam permainan poker, tidak bijak bermain dengan orang yang mempunyai modal dan wang tanpa had. Sepanjang 22 tahun menerajui negara, seseorang itu pasti akan mengumpulkan cip poker yang cukup untuk bermain poker seumur hidup.

"Daripada setiap 'pukulan' yang bekas perdana menteri itu terima daripada mereka yang pernah berkhidmat di bawah pentadbirannya, kita akan lihat serangan balas yang setara, walaupun tidak besar," tulis Tengku Putra Haron di blognya hari ini.

ADUN Kempas itu dipercayai merujuk tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang dikatakan menyerang Mahathir secara keterlaluan.

Hujung minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan keturunan bekas presiden Umno itu dengan mendakwa Mahathir mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid ketika berucap di mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya, turut menunjukkan salinan kad pengenalan Mahathir yang tertera nama asalnya Mahathir A/l Iskandar Kutty.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen