malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Guan Eng jangan tipu pengurangan hutang negeri, kata Gerakan
Diterbitkan:  Aug 4, 2017 1:52 PM
Dikemaskini: 6:01 AM
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya "jujur" dengan mengakui pengurangan hutang negeri itu disebabkan oleh sebahagian besar hutangnya dipindahkan kepada kerajaan persekutuan.

"Jangan berbohong kepada rakyat seolah-olah kamu bijak dan mampu mengurangkan hutang.

"Dia (Lim) perlu memberi gambaran secara keseluruhan dan betul kepada rakyat, jangan sembunyi," kata Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng di Putrajaya hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) itu merujuk perjanjian penyusunan semula air tahun 2011, di mana Putrajaya bersetuju menukar hutang sedia ada Pulau Pinang sebanyak RM655.24 juta kepada 45 bayaran pajakan tahunan sebanyak RM14.56 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di parlimen awal minggu ini menyatakan Pulau Pinang dan Selangor - mempunyai tunggakan hutang yang lebih kecil kepada kerajaan persekutuan.

Dilaporkan bahawa Selangor mempunyai tunggakan RM14.67 juta, manakala Pulau Pinang tiada tunggakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggesa Lim membatalkan perjanjian penstrukturan semula air dengan Putrajaya jika dia "terus mendapatkan kredit" bagi pengurangan hutang berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen