malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib, Shafee mohon ketepi permohonan penzahiran Anwar
ADS

Datuk Seri Najib Razak dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berusaha untuk mengetepikan permohonan penzahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mereka mendedahkan penyata kewangan susulan terdapat dakwaan pembayaran RM9.5 juta.

Dokumen berkaitan daripada Najib diserahkan kepada peguam Anwar hari ini selepas beliau memfailkan permohonan mengetepikan permohonan Anwar yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Peguam-peguam Shafee pula memfailkan permohonan itu hari ini.

Peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa antara alasan diberikan untuk menolak permohonan Anwar bahawa terdapat usaha fishing expedition (cubaan mendapat sesuatu).

“Lagi pun, permohonan itu remeh dan menyusahkan,” katanya.

Sarah Abishegam, peguam daripada firma Shafee, berkata mereka juga memohon mengetepikan permohonan Anwar kerana Mahkamah Tinggi tidak sesuai memutuskan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes sabitan kes Liwat II.

Bulan lalu, Anwar memfailkan saman untuk mengetepikan sabitan itu susulan timbulnya dakwaan Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee dalam dua kali pembayaran.

Beliau juga memfailkan permohonan penzahiran supaya Najib mendedahkan penyata akaun bank antara Ogos hingga Oktober 2013 dan antara Januari hingga Mac 2014.

Anwar juga mahu penyata kewangan Shafee dalam tempoh sama didedahkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen