malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim: Apandi patut ke AS kemuka hujah
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 11:35 AM
Dikemaskini: 3:39 AM
ADS

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepatutnya pergi ke AS untuk mengemukakan penghujahan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) berkaitan 1MDB, kata Lim Kit Siang.

Lim membuat kenyataan itu sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan kerajaan tidak bercadang - buat masa ini - menghantar pasukan peguam ke AS untuk bertindak sebagai pemerhati dalam prosiding DOJ.

"Apandi patut membuat kunjungan khas ke AS bagi mengemukakan penghujahan kepada mahkamah negara itu menyatakan bahawa pelakon Leonardo DiCaprio dan supermodel Australia Miranda Kerr melakukan kesalahan dan mengelirukan kerana menyerahkan hadiah berjuta-juta dolar daripada (hartawan kontroversial) Jho Low kepada DOJ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut veteran DAP itu, kerajaan sangat tidak bertanggungjawab serta cuai secara profesional di pihak peguam negara jika tidak menghantar wakil dalam saman sivil DOJ berkenaan.

Pada 16 Jun lalu DOJ memfailkan saman ketiga bagi membolehkan mereka merampas pelbagai aset dikaitkan dengan salah guna dana 1MDB.

Aset yang ingin dirampas itu dianggarkan bernilai AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion).

Ekoran saman itu DiCaprio dilaporkan menyerahkan semula piala Oscar pernah dimenangi aktor Marlon Brando kepada penyiasat AS. Trofi itu didakwa dihadiahkan kepadanya oleh Jho Low.

Pelakon terbabit juga mengembalikan beberapa hadiah lain yang didakwanya diterima sebagai cenderamata untuk satu majlis lelongan amal.

Tidak lama kemudian Miranda juga dilaporkan mengembalikan barang kemas dihadiahkan kepadanya - bernilai AS$8.1 juta (RM34.6 juta) kepada DOJ.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen