malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Zahid pernah minta sokongan saya untuk ganti Najib'
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 7:27 PM
Dikemaskini: 11:29 AM
ADS

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulangkan paku buah keras kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mendedahkan, Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Zahid mesti ingat apabila Zahid jadi timbalan perdana menteri, datang jumpa saya cuba nak dapat simpati saya, sokongan saya.

"Saya kata benar-benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan, Yang mana itu tak mungkin, Zahid kena tunggu Umno tentukan siapa yang nak ganti Najib.

"Belum tentu Zahid ganti Najib. Bila nak simpati saya, datanglah. Ini tak boleh dapat carilah jalan, jalan yang bohong macam ini," katanya dalam kenyataan video, hari ini.

Mahathir dalam rakaman ringkas itu bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut berkaitan dakwaannya itu.

Mahathir berkata demikian setelah menjawab serangan Zahid yang membangkitkan isu keturunan India bekas bosnya itu dan mendakwanya mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Dr Mahathir hari ini bagaimanapun tampil mencabar Zahid supaya membuktikan dakwaan bahawa nama penuhnya adalah “Mahathir a/l Iskandar Kutty” seperti didakwa.

Zahid yang juga menteri dalam negeri dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 3 Ogos 2015 menggantikan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kabinet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen