malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah rayuan dengar permohonan MP
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 4:41 PM
Dikemaskini: 8:51 AM
ADS

Dua anggota Parlimen DAP dari Perak telah memperoleh tarikh berhubung rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan usaha mereka mendapatkan perintah mahkamah bagi menghentikan persempadan pilihan raya di kawasan masing-masing.

Anggota Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, yang merupakan salah seorang pemohon berkata proses pra perbicaraan di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 14 Ogos untuk pendengaran.

Beliau berkata pendaftar mahkamah menetapkan tarikh itu walaupun penghakiman bertulis oleh Mahkamah Tinggi Ipoh masih belum diperoleh.

"Dia menyatakan bahawa kes ini diberi keutamaan kerana ini adalah perkara kepentingan awam," kata Kulasegaran ketika dihubungi.

Pada 5 Mei, Hakim Che Ruzima Ghazali menolak permohonan Kulasegaran dan anggota Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su untuk kebenaran semakan kehakiman bagi menghentikan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim menolak permohonan itu selepas mendapati alasan plaintif adalah tidak kukuh.

Kulasegaran dan Su berhujah bahawa SPR tidak boleh mengubah sempadan pilihan raya dengan tidak memasukkan Selangor dalam persempadanan semula itu.

Mereka juga mempersoalkan sama ada SPR telah mematuhi Seksyen 4 (a) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan sama ada notis atau cadangan dikeluarkan tanpa bidang kuasa perundangan.

Kedua-duanya menggesa mahkamah memerintah sama ada cadangan persempadanan semula pilihan raya yang baru adalah mengikut perlembagaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen