malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Agensi pusat juga terima anugerah palsu, kata ADUN DAP
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 2:22 PM
Dikemaskini: 6:34 AM
ADS

Seorang pemimpin DAP mencabar pemimpin Umno Pulau Pinang berhubung anugerah palsu yang diterima dua majlis tempatan di negeri itu.

ADUN Air Itam, Wong Hon Wai berkata, anugerah yang diterima daripada badan meragukan- Europe Business Assembly (EBA)- turut diberikan kepada beberapa agensi kerajaan persekutuan.

Wong berkata Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia (UteM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) juga mendapat anugerah daripada EBA, yang didedahkan palsu oleh akhbar The Times, minggu lepas.

"Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada orang ramai," kata setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, agensi persekutuan yang terlibat dalam perkara yang sama masih belum menjelaskan kedudukan mereka kepada media dan orang ramai kerana menerima anugerah EBA yang kontroversi," katanya.

Wong berkata demikian sebagai respons terhadap dua pemimpin Umno Pulau Pinang iaitu pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, yang mengkritik majlis-majlis tempatan berkenaan kerana didakwa membeli anugerah palsu.

Dalam kenyataannya semalam, Zainal Abidin berkata kerajaan yang diketuai oleh gagal melaksanakan prinsip CAT (Cekap, amanah dan telus) dengan menerima anugerah palsu, sambil menambah slogan CAT itu adalah suatu "penipuan".

Pada 27 Julai, Pemuda BN Pulau Pinang menyerahkan memorandum dan "anugerah palsu" kepada dua majlis tempatan sebagai simbolik untuk mengutuk dua agensi itu kerana menerima anugerah EBA.

Dalam klip video di Star TV pada 29 Julai, Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif menjelaskan bahawa majlis-majlis tempatan menerima anugerah itu selepas membayar yuran kemasukan dan memohon maaf jika anugerah itu tidak tulen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen