malaysiakini logo
story-image
ADS

ULASAN Saya telah membaca kenyataan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan saya memperakuinya.

Oleh kerana saya merupakan pengerusi kepada Badan Berkanun dan Kawal Selia dan PBAPP adalah salah sebuah badan yang berada bawah penyeliaan, kurang sesuai bagi saya untuk membalas mereka di khalayak ramai seperti ini.

Bagaimanapun, saya ingin merujuk kepada balasan saya kepada ketua menteri Pulau Pinang.

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa Lim Guan Eng yang memulakan cubaan untuk memfitnah saya.

Ini dilakukan dengan menamakan saya dan mengatakan bahawa saya memberi tanda bahawa kerajaan Pusat mahu memaksa Pulau Pinang untuk menaikkan kadar tarif air.

Guan Eng sudah jelas menunjukkan wujudnya unsur fitnah dalam kenyataan akhbar beliau yang bertajuk "Liang Teck Meng harus menyaman saya kerana memfitnah".

Sekiranya saya difitnah, bukannya wajar saya patut membela diri dengan menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang mula-mula membuat permintaan kenaikan tarif air berskala besar dan luas pada Disember tahun lepas?

Adalah pelik juga bahawa syarikat air cuba mempertahankan Guan Eng. Tidak bolehkah beliau bertanggungjawab ke atas tuduhan tidak berasas dan berjuang dalam pertempuran sendiri?

Malah dalam kenyataan PBAPP pada semalam, ia juga menyatakan bahawa mereka akan mengalami kerugian dan kekurangan modal serta menegaskan bahawa mereka memerlukan pinjaman kecemasan daripada kerajaan negeri pada tahun ini.

Jelas, ini bukan keadaan yang mampan. Dalam keadaan sedemikian, SPAN mempunyai hak untuk mempersoalkan bagaimana syarikat air akan menangani kekurangan kemampuan ini dan meminta syarikat air mempertimbangkan beberapa pilihan yang ada termasuklah mengkaji semula kadar air atau mengurangkan perbelanjaan modal atau operasi.

Dengan mentafsirkan ini sebagai paksaan terhadap mereka untuk menaikkan kadar tarif air adalah fitnah semata-mata.

Kerajaan Pulau Pinang juga mengakui bahawa permintaan pada Disember 2016 kemudiannya ditarik balik pada akhir Februari 2017 - selepas usaha-usaha daripada SPAN dan satu konsultasi awam dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan diadakan.

Ia kemudiannya diganti oleh sebuah permintaan untuk menaikkan lebih daripada dua kali ganda bayaran surcaj pemuliharaan air, yang ia masih merupakan kenaikan kadar tarif air bawah nama yang berbeza.

Syarikat air tidak sepatutnya mempunyai tabiat membuat permintaan dan kemudian menarik balik, mereka turut mengakui bahawa ia adalah atas permintaan kerajaan negeri DAP – besar kemungkinan berdasarkan kepada sebab-sebab politik.

Dengan meneliti kenaikan harga air yang kerap sejak tahun 2010, tidak ada jaminan bahawa kenaikan besar yang diminta pada Disember 2016 tidak akan dikemukakan semula selepas pilihan raya umum kerana syarikat air dan juga kerajaan Pulau Pinang amat memerlukan hasil tambahan sebanyak RM150 juta setahun untuk menampung kerugian yang diunjurkan.

Ini berlaku meskipun terdapat kenaikan harga air yang kerap sejak tahun 2010.

Dalam mana-mana kes, ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya berhenti mengalihkan perhatian atau bersembunyi di belakang syarikat air dan menyahut cabaran saya atas nama ketelusan, mendedahkan surat itu kepada semua supaya orang ramai dapat mengadili siapa yang betul dan salah.

Berhenti menjadi bo hood (pengecut) dan berjuang dalam pertempuran anda sendiri.


DATUK LIANG TECK MENG setiausaha agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Artikel ini pandangan penulis dan organisasinya serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen