malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiga k'tangan penguat kuasa KPDNKK ditahan SPRM
Diterbitkan:  Jul 28, 2017 6:30 AM
Dikemaskini: 10:35 PM
ADS

Dua pembantu penguat kuasa dan seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Beaufort ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM600.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata ketiga-ketiga kakitangan KPDNKK berusia antara 35 hingga 38 tahun
berkenaan ditahan antara jam 12.25 hingga jam 12.40 tengah hari semalam di pejabat KPDNKK Beaufort ekoran aduan yang
diterima dari seorang peniaga pada 19 Julai lalu.

Berdasarkan aduan berkenaan, kesemua suspek dikatakan telah menjalankan pemeriksaan tanda harga di kedai pengadu
dan telah meminta wang sebanyak RM600 sebagai dorongan supaya pengadu tidak dikenakan kompaun atas kesalahan
tanda harga.

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini membolehkan SPRM memohon perintah reman ke atas suspek bagi
membantu siasatan.

- Bernama

Lihat Komen