malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Untung sebelum cukai suku ketiga TNB susut pada RM2.43b
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 9:44 PM
Dikemaskini: 1:51 PM
ADS

Keuntungan sebelum cukai Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut kepada RM2.43 bilion bagi suku ketiga berakhir 31 Mei, 2017 daripada RM2.53 bilion yang dicatat pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan, bagaimanapun, meningkat kepada RM12.54 bilion daripada RM12.12 bilion bagi tempoh yang sama.

Prestasi perolehan itu didorong terutamanya oleh kekurangan kebolehpulihan ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) yang diambil kira pada suku semasa berjumlah RM507.1 juta berbanding dengan lebihan kebolehpulihan sebanyak RM537.6 juta pada suku yang sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan sebelum cukai susut kepada RM6.12 bilion daripada RM6.19 bilion pada tempoh sama setahun lepas, manakala perolehan pula meningkat kepada RM34.95 bilion daripada RM33.29 bilion.

Menurutnya, perolehan lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya oleh kebolehpulihan kos penjanaan lebih tinggi melalui pelaksanaan secara berkesan mekanisme ICPT yang diluluskan kerajaan.

Mengenai prospek, syarikat itu optimis namun berhati-hati terhadap unjurannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2017, memandangkan wujud kemungkinan ketidaktentuan harga komoditi dan tenaga dunia.

- Bernama

Lihat Komen