malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pua: DOJ dedah MO1 beri surat sokongan ketiga untuk 1MDB
ADS

PARLIMEN l Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mahu penjelasan sama ada kerajaan mengeluarkan surat rahsia ketiga sebagai sokongan kepada 1MDB, berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang terbaru.

Sebelum ini, menteri kewangan pada Mac 2016 berkata, bahawa hanya dua surat sokongan yang dikeluarkan - iaitu untuk terbitan bon 1MDB bernilai AS$3 bilion pada tahun 2013 dan jaminan kepada pinjaman AS$150 juta yang diambil dari Bank Exim pada tahun 2015.

"Bagaimanapun, melalui maklumat pemfailan terbaru DOJ untuk merampas aset yang diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, kami dapati bahawa ada satu lagi 'surat sokongan' rahsia untuk meminjam AS$975 juta dari sebuah konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank pada bulan September 2014 ," kata Pua pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Saman DOJ, katanya, mendedahkan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) telah bagi pihak kerajaan Malaysia, memberikan surat sokongan kepada Deutsche Bank berkaitan dengan pinjaman AS$975 juta."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen