malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim bidas saman Liang sebagai 'modal politik BN'
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 11:13 PM
Dikemaskini: 3:21 PM
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas saman fitnah yang difailkan oleh Gerakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini sebagai "modal politik" untuk BN.

Lim berkata tindakan itu akan menjadi modal oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk cuba menghalang pendedahan "perbuatan salah dan pembohongan lalu" daripada pentadbiran terdahulu.

Kerajaan negeri sebelum 2008 diketuai oleh bekas presiden parti Gerakan Koh Tsu Koon, yang kini bersara.

"Biar mahkamah buat keputusan," katanya, sambil menyatakan enggan bercakap mengenai fakta kes itu, yang difailkan oleh Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng bersama peguam Baljit Singh hari ini.

"Tindakan ini diambil hanya untuk pilihan raya umum kerana ia mengambil masa empat tahun kemudian. Dia menyaman saya empat tahun kemudian selepas saya membuat kenyataan itu. Ia sepatutnya dilakukan dalam masa yang sesingkat mungkin bukan empat tahun kemudian," kata Lim ketika ditemui di Dewan Sri Pinang hari ini.

Liang menyaman Lim atas kapasiti peribadi beliau berhubung kenyataan ketua menteri Pulau Pinang terhadap penjualan tanah tambak di Pulau Pinang semasa pentadbiran BN.

Pada 17 Mac, Lim menyediakan dokumen untuk menyokong dakwaannya.

Gerakan menafikan dakwaan tersebut dan hari ini, Liang menjelaskan bahawa saman itu difailkan empat tahun kemudian apabila Lim terus mengulangi "pembohongan tersebut" dalam beberapa media.

Keadaan itu berlaku walaupun Gerakan secara konsisten cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat, kata Liang.

Pada sidang akhbar di luar mahkamah pagi ini, Baljit berkata Liang menyaman Lim Guan Eng bagi pihak parti itu, dan Koh akan menjadi saksi dalam perbicaraan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen