malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Pengundi pilih saya untuk periksa rasuah, bukan longkang'
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 3:25 PM
Dikemaskini: 7:34 AM
ADS

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau dipilih sebagai wakil rakyat untuk membahaskan dan memeriksa isu rasuah, bukan longkang atau jalan berlubang.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta pembangkang mengutamakan isu-isu melibatkan rakyat di kawasan masing-masing.

"Menteri itu jelas tidak sedar bahawa pengundi saya mengundi saya bukan untuk membahaskan saluran air dan lubang di kawasan saya- walaupun masalah itu ditangani pejabat saya bersama majis tempatan.

"Mereka memberi saya mandat khusus untuk bukan sahaja memeriksa pentadbiran yang rasuah dan 'kleptokrasi' tetapi juga mendedahkan kesemua kesalahan individu yang berkuasa.

"Malah sebagai anggota parlimen yang mencapai majoriti kedua tertinggi di negara ini dengan 45,000 undi pada pilihan raya umum lalu, pengundi saya percaya mata pencarian mereka akan lebih baik- hutang berkurang, kadar pertukaran yang lebih baik dan kos sara hidup lebih rendah - jika saya berjaya menyingkirkan pentadbiran BN pada pusingan seterusnya," tambahnya dalam satu kenyataan.

Pua juga mengkritik Azalina kerana menafikan terdapat cubaan Parlimen untuk menutup isu 1MDB apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak lebih 30 soalan berkaitan syarikat itu.

"Hakikatnya seorang anggota eksekutif, yang merupakan parti yang berkepentingan dalam skandal itu, terpaksa membela speaker yang sepatutnya tidak memihak di Dewan Rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen