malaysiakini logo
story-image
ADS

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang perlu "dijemput" untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Beliau menjawab kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyalahkan SPRM kerana tidak menghubungi kerajaan negeri untuk menandatangani ikrar berkenaan.

"Yang nak buat (IBR) tu, dia akan minta SPRM untuk buat program IBR.

"Tak ada satu negeri pun yang kita hantar surat (untuk IBR), semua negeri-negeri menjalankan IBR dengan sukarela.

"Saya tak tahulah Lim Guan Eng kata nak (kena) jemput pula, kenapa Penang yang kena jemput," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani IBR oleh pasukan polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur pagi ini.

Pada majlis itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengetuai lebih 200 pegawai polis melaksanakan ikrar berkenaan, secara serentak membabitkan semua kontinjen polis di seluruh negara.

Menurut Dzulkifli, Khalid sendiri menghubungi pihaknya untuk menyatakan kesediaan pasukan polis menandatangani IBR.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen