Pengiklanan

    MP pembangkang tak jadikan isu suami didera serius

    (Dikemaskini )

    PARLIMEN Dua anggota parlimen pembangkang tidak menjadikan isu lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sebagai serius ketika sesi perdebatan di Parlimen hari ini.

    Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakannya dengan jenaka menyindir perdana menteri dan isterinya, sementara Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) ragu-ragu mengenai statistik yang dikemukakan.

    Statitistik kerajaan sebelum ini menyatakan antara 2014 dan 2016, daripada 15,617 kes keganasan rumah tangga, 26 peratus melibatkan penderaan terhadap suami.

    Statistik itu merupakan asas terhadap cadangan pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga bagi memperluaskan perlindungan daripada wanita kepada mana-mana ahli keluarga yang didera.

    Ketika bacaan kali kedua pindaan akta berkenaan hari ini, Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) dan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) juga menyatakan kebimbangan mengenai perkara itu.

    Ahmad, ketika mencelah ucapan Irmohizam mengatakan bahawa suami harus berani untuk tampil jika mereka didera.

    Irmohizam bersetuju pendapat itu dengan menyatakan Ahmad mungkin telah mendengar kes-kes seperti itu di kawasannya atau di kalangan rakan-rakannya.

    Kenyataan itu bagaimanapun menyebabkan Mahfuz ketawa.

    Apabila Irmohizam kemudian menyebut bahawa lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah perkara serius, Mahfuz berkata "kerana isteri inginkan berlian".

    Anggota Parlimen Kuala Selangor menolak pendapat itu dan meneruskan ucapannya untuk mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi khidmat nasihat kepada suami yang didera.

    Beliau kemudian menyatakan Mahfuz mungkin memiliki formulanya sendiri untuk menyelesaikan masalah itu.

    Anggota Parlimen PAS itu kemudian memberi respons dengan menyatakan isterinya tidak menderanya dan tidak meminta beliau "membeli berlian merah jambu".

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih