malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Guan Eng dakwa Liang langgar tugas pengerusi Span
Diterbitkan:  Jul 24, 2017 6:22 PM
Dikemaskini: 10:34 AM
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa ketua setiausaha Gerakan Liang Teck Meng melanggar tugasnya dalam jawatan kerajaan untuk mendapatkan "ganjaran politik".

Beliau berkata, Liang bertindak "secara tidak wajar dan tidak profesional" apabila menggunakan jawatannya sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Lim juga mendakwa Liang mengeluarkan kenyataan untuk menggesanya mendedahkan surat bertarikh 23 Disember tahun lepas dari SPAN kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Beliau mendakwa pemimpin Gerakan itu membuat "pendedahan maklumat sulit yang tidak lengkap dan diambil di luar konteks" bagi memberi gambaran palsu dan negatif kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut Lim, Liang (gambar) telah melanggar tanggungjawabnya sebagai pengerusi SPAN apabila berpura-pura meminta kebenarannya untuk mendedahkan permohonan PBAPP kepada SPAN bagi mendapatkan kelulusan menaikkan tarif air.

Lim berkata Liang dalam satu kenyataan pada 20 Julai lalu menggariskan apa yang dinyatakan dalam surat PBAPP.

"Ini menjadikan permohonan kebenaran saya itu tidak ikhlas dan pura-pura untuk menutup ketidakmatangannya untuk mendapatkan ganjaran politik," kata Setiausaha Agung DAP itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Liang  mencabar Lim membenarkannya untuk mendedahkan surat PBAPP kepada SPAN bertarikh 23 Disember itu.

Liang berkata beliau amat tersinggung daripada kenyataan Lim yang menuduh beliau memberikan tanda bahawa kerajaan pusat mahu Pulau Pinang menaikkan tarif airnya supaya selaras dengan negeri-negeri lain.

Liang berkata, ia merupakan fitnah semata-mata daripada ketua menteri itu terhadapnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen