malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Najib hanya sambung apa yang saya mulakan
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya, beliau telah membina asas bagi pengangkutan awam semasa pentadbirannya sehingga membolehkan Datuk Seri Najib Razak kini mempertingkatkan industri berkenaan. 

“Dia hanya menyambung apa yang telah saya mulakan. Jika saya tak mulakan, dia tidak tahu nak buat apa,” katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Najib yang juga perdana menteri sebelum ini mengumumkan pencapaiannya membina pengangkutan awam sejak wujudnya laluan sistem Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh- Kajang (SBK) yang dibuka sepenuhnya pada minggu lepas.

Perdana Menteri turut membidas negarawan itu semasa pelancaran MRT dengan mengatakan bahawa, laluan SBK itu siap lebih awal daripada yang dijadualkan kerana kontraknya tidak diberi kepada kroni.

Selain laluan SBK, pentadbiran Najib turut meluaskan laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang.

Malah, pentadbiran Najib turut merancang untuk menambah dua lagi laluan MRT, mewujudkan Laluan Rel Pantai Timur dan sebuah kereta api berkelajuan tinggi dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang dibina semasa Mahathir menjadi perdana menteri.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menyeru agar rakyat tidak melupakan kesalahan yang dilakukan semasa beliau menjadi perdana menteri, Mahathir berkata sekurangnya masih terdapat kerajaan yang bersih pada zamannya itu.

“Saya telah belajar banyak daripada masa lalu saya. Sekurang-kurangnya pada zaman saya, kita tidak ada seseorang yang mencuri wang, mencuri wang kerajaan.“Itu yang saya pelajari dari masa lalu. Jangan curi wang kerajaan, jangan gunakan rasuah untuk dapatkan sokongan,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu lagi.

[baca berita asal]

Lihat Komen