malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tun M 'acah' akan lawan Najib di Pekan
Diterbitkan:  Jul 22, 2017 8:59 PM
Dikemaskini: 1:03 PM
ADS

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini menolak untuk menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang namun tetap 'mengacah' dengan kemungkinan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.

Mahathir berkata, beliau akan ambil bahagian sekiranya jika tiada calon lain yang sesuai untuk bertanding di kerusi itu.

"Kalau tiada calon yang sesuai, maka saya akan bertanding di Pekan.

"Tapi saya mesti menang, saya bertanding untuk menang," katanya yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti dilaporkan Sin Chew Daily.

Bagaimanapun, tidak jelas sejauh mana keseriusan Mahathir untuk bertanding di kawasan di mana Najib menang besar pada PRU lepas.

Pada 2013, Najib menguasai kerusi itu dengan 51,278 undi berbanding calon daripada PKR, Fariz Musa yang meraih 15,665 undi.


[Baca berita asal]
 

Lihat Komen