malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mayat kanak-kanak ditemui dibungkus dengan plastik
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 6:15 AM
Dikemaskini: 10:19 PM
ADS

Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dibungkus dengan plastik hitam ditemui dalam longkang dekat sebuah bengkel kereta di Kampung Chin Lee Batu 6, Kepong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata mayat kanak-kanak dipercayai berusia antara tiga hingga empat tahun itu ditemukan oleh seorang lelaki warga asing yang melakukan pembersihan longkang di kawasan itu, kira-kira pukul 3 petang tadi.

"Lelaki berkenaan terhidu bau busuk dari satu bungkusan plastik warna hitam sebelum beliau terlihat kaki kanak-kanak itu dalam keadaan berulat," katanya ketika dihubungi semalam.

Rusdi berkata pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu memakai lampin pakai buang dan masih berpakaian lengkap.

"Terdapat kesan retak iaitu hentakan pada sebelah kanan kepala kanak-kanak itu," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh dan mayat kanak-kanak itu
dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen