malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Guan Eng: Pulau Pinang akan tandatangan IBR jika...
ADS

Kerajaan Pulau Pinang akan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Bebas Rasuah (SPRM) jika 10 cadangannya mengenai rasuah turut dimasukkan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Katanya, cadangan tersebut telah digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang, yang menurutnya dianggap sebagai kerajaan yang bersih di Malaysia.

Lim berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis hari raya anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri itu malam tadi.

Dia menafikan kerajaannya enggan menandatangani ikrar itu, dengan mengatakan bahawa pihak SPRM tidak menghubungi kerajaan negeri itu untuk berbuat demikian.

Menurut Lim, beliau bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan SPRM supaya "ikrar itu tidak hanya tinggal sebagai ikrar" dan untuk memastikan ia termasuk tindakan konkrit untuk memerangi rasuah.

Sepuluh cadangan tersebut yang disediakan oleh Lim, termasuk mengamalkan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) kerajaan negeri dan menginstitusikan pengisytiharan aset oleh ketua menteri dan ahli exco negeri.

Yang lainnya ialah melaksanakan sistem tender terbuka yang kompetitif, melarang anggota keluarga mendapatkan kontrak kerajaan negeri, menolak permohonan untuk memperoleh tanah negeri oleh anggota dewan undangan negeri dan pentadbir kerajaan.

Lim berkata ikrar SPRM itu juga mesti termasuk perlindungan untuk pemberi maklumat, satu peruntukan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuannya, dan ketelusan dalam sumbangan politik.

Manakala pegawai kerajaan tidak boleh menerima sumbangan peribadi, dan tindakan hendaklah diambil terhadap pegawai yang melanggar 10 ikrar itu, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dipetik sebagai berkata SPRM kesal dengan keengganan
kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen bagi sesebuah institusi untuk bersama-sama
memerangai musuh nombor satu negara itu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen