malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peluang lihat gerhana bulan separa pada 7 Ogos
ADS

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama lima jam bermula pukul 11.50 malam pada 7 Ogos ini hingga 4.50 pagi keesokan hari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai yang ingin melihat fenomena tersebut secara lebih jelas perlu menggunakan bantuan teleskop dan instrumen optikal.

"Gerhana akan bermula dengan fasa gerhana bulan penumbra. Gerhana berada pada tahap maksima pada pukul 2.20 pagi," menurut kenyataan Angkasa.

Gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan terlindung oleh bumi.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan gerhana bulan separa ialah pada 9 Mac tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.angkasa.gov.my.

- Bernama

Lihat Komen