malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bot nelayan ditahan gaji warga asing tanpa kelulusan
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 6:09 PM
Dikemaskini: 10:13 AM
ADS

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan kelas C di perairan Pengkalan Sedepa, Klang semalam kerana disyaki menggaji warga asing tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata bot berkenaan ditahan pada kedudukan 8.1 batu nautika dari barat daya Pengkalan Sedepa, pukul 7 malam. 

"Dalam pemeriksaan rutin yang dilakukan pasukan peronda ke atas bot berkenaan, APMM mendapati bot nelayan itu beroperasi tanpa surat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia untuk menggaji lima lelaki warga Myanmar sebagai awak-awak dan tekong.

"Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 45 tahun kemudian ditahan dan dibawa ke jeti Daerah Maritim 4 di Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Abu Zaki, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggaji warga asing tanpa kelulusan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah semasa diperiksa.

- Bernama

Lihat Komen