malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Harga petrol, diesel kekal
Diterbitkan:  Jul 19, 2017 6:49 PM
Dikemaskini: 10:53 AM
ADS

Harga bahan api di seluruh negara kekal tidak berubah pada minggu keempat bulan ini.

Pada tengah malam ini, harga RON95 kekal pada RM2.22 seliter dan harga diesel pula pada RM1.96 seliter.

Harga bahan api mingguan ditentukan berdasarkan harga purata Means Of Platts Singapore (Mops) serta kekuatan ringgit berbanding dolar AS pada minggu sebelumnya.

Sejak mekanisme penetapan harga baru diperkenalkan pada bulan April, ini adalah kali pertama tiada perubahan bagi harga bahan api itu dalam dua minggu.

Bulan lepas menyaksikan lima minggu berturut-turut penurunan harga minyak, mendorong kebimbangan daripada pengusaha stesen minyak, yang kemudian diikuti oleh kenaikan selama dua minggu.

Sejak itu, kerajaan membayangkan sedang berusaha mewujudkan "situasi menang-menang" antara pengusaha stesen minyak dan pengguna.

 

Lihat Komen