malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Salleh: Lim juga sebut projek 'hadiah' untuk rakyat
Diterbitkan:  Jul 19, 2017 4:15 PM
Dikemaskini: 8:32 AM
ADS

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersoalkan sikap membisu pemimpin DAP berhubung kenyataan Lim Guan Eng yang menggambarkan projek pembangunan di Pulau Pinang sebagai "hadiah ikhlas" kepada rakyat di negeri itu.

Ini selepas wakil-wakil rakyat DAP mengkritik Salleh kerana menyifatkan projek MRT sebagai hadiah daripada perdana menteri kepada rakyat Malaysia dan menyatakan dana projek itu bukan datang dari poket Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Salleh mempersoalkan sikap membisu Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung projek Dermaga Gurney di Pulau Pinang yang digambarkan sebagai "hadiah iklhas" kepada rakyat negeri itu.

"Kenapa Pua dan Yeoh tak menunjukkan dana untuk projek itu bukan datang dari poket ketua menteri dan oleh itu tak boleh disebut sebagai hadiah.

"Ini kerana kedua-dua wakil DAP itu menyedari bahawa projek itu sedang dijalankan oleh pentadbiran Lim, dan jika ia merupakan projek yang membawa hasil bagi negeri itu dan baik untuk rakyat, maka pentadbiran yang bertanggungjawab atasnya patut mendapat pujian.

"Bagaimanapun, disebabkan oleh minda politik mereka yang cetek, mereka tidak akan memanjangkan logik yang sama dengan projek MRT sebagai gagasan Najib, yang patut dapat pujian," katanya kepada Malaysiakini.

Salleh berkata sebagai ahli politik pembangkang, Pua dan Yeoh tidak sepatutnya berfikiran negatif sepanjang masa kerana ia mendedahkan sikap double standard mereka.

"Mereka sepatutnya cukup matang untuk mengakui pencapaian kerajaan dalam meningkatkan kehidupan rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen