malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
India batalkan pasport Zakir Naik
Diterbitkan:  Jul 19, 2017 3:05 PM
Dikemaskini: 7:12 AM
ADS

India telah membatalkan pasport pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik setelah beiau berulang kali mengabaikan permintaan untuk hadir ke Badan Penyiasatan Kebangsaan India (NIA).

Menurut Times of India, Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA) bertindak atas permintaan NIA, yang meneliti Zakir atas dakwaan keganasan dan pengubahan wang haram.

Pendakwah itu yang terkenal sebagai penceramah di stesen televisyen, dituduh menyebarkan kebencian, membiayai pengganas dan pengubahan wang haram.

Beliau telah diharamkan oleh negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom, tetapi dialu-alukan oleh banyak negara Islam termasuk Malaysia yang memberikannya taraf penduduk tetap.

Zakir melarikan diri dari India pada Julai 2016 selepas pengganas di Bangladesh mendakwa mereka mendapat inspirasi daripada ucapannya mengenai jihad.

Hingga kini tidak diketahui di mana Zakir berada.

Bagaimanapun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beliau dilihat memberikan temuramah dan mengadakan sidang akhbar melalui Skype dari Arab Saudi.

Zakir juga mendakwa beliau ditawarkan kewarganegaraan daripada sekurang-kurangnya 10 negara, tetapi belum lagi menerima tawaran berkenaan.

Lihat Komen