malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN umum 14 Okt himpunan dedah skandal 1MDB
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran pada 14 Oktober depan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan 1MDB.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, himpunan yang dinamakan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' adalah untuk memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai skandal 1MDB.

"Ini merupakan himpunan terbesar untuk menerangkan mengenai 1MDB terutama kepada orang kampung. Hari ini adalah hari permulaan jelajah (mengenai perhimpunan)," katanya dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun Pua berkata tempat dan masa himpunan itu akan diumumkan kemudian.

HARAPAN sebelum ini merancang himpunan anti kleptokrasi pada September depan susulan saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

DOJ pada 16 Jun lalu memfailkan saman sivil ketiga bagi menyita aset bernilai AS$540juta (RM2.3 bilion) termasuk karya seni, barangan kemas dan hakcipta bagi dua filem yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan aset yang mahu disita oleh DOJ adalah sebanyak AS$1.7 bilion (RM7.7 biion).

Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu dalam temubual dengan BBC mengesahkan MO1 adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada Januari tahun lalu, peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Apandi juga mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Najib merupakan derma dari kerabat diraja Arab Saudi.

Lihat Komen