malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nazri takut saya kawan baik dengan Anwar, kata Mahathir
ADS

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kini ketakutan melihat kerjasamanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU berkata, menteri pelancongan itu kini membuat andaian bahawa gabungan beliau bersama Anwar akan menyebabkan masa depan HARAPAN menjadi buruk.

"Sebab dia (Nazri) takut. Dia menggeletar pasal saya kawan baik dengan Anwar. Dia sekarang tidak lena tidur," katanya kepada pemberita selepas ditemui di ceramah Perdana HARAPAN di Pusat Konvensyen IDCC malam tadi.

Semalam Nazri menjangkakan masa depan buruk untuk HARAPAN dengan menyifatkan regu Mahathir and Anwar akan “saling berbunuhan”.

“Saya rasa bagus sebab mereka akan saling bunuh membunuh antara satu sama lain. Saya mahu mereka mati pelan-pelan. Kalau quick death (mati cepat) tak syok,” katanya kata menteri pelancongan itu menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur .

Minggu lalu HARAPAN menamakan Mahathir sebagai pengerusi gabungan itu manakala Anwar pula sebagai ketua umum.

Mereka juga membentuk struktur rasmi gabungan empat parti dan logo bersama untuk mencerahkan peluang berdepan BN pada pilihan raya umum depan.

Sementara itu, Mahathir turut membidas Nazri yang menuduh beliau menyertai gabungan pembangkang disebabkan kecewa kerana anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dipilih menjadi perdana menteri.

"Masa saya jadi perdana menteri saya tak angkat anak saya naik (jadi perdana menteri). Saya angkat Datuk Seri Najib Razak naik, tapi dia tak pernah berterima kasih," katanya.

Lihat Komen