malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Proses mediasi bagi kes saman fitnah MB ke atas Utusan
ADS

Saman fitnah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ke atas Utusan Melayu (M) Bhd yang dimiliki oleh Umno, akan melalui proses mediasi sebelum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Ogos.

Peguam Americk Singh memberitahu Malaysiakini bahawa jika proses mediasi gagal, saman itu akan diteruskan untuk perbicaraan pada 7 dan 8 Ogos serta 10 dan 11 Ogos.

Ini telah diputuskan oleh Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed semasa pengurusan kes hari ini.

"Ya, perkara itu telah ditetapkan untuk mediasi pada 4 Ogos, dan jika ini tidak berjaya, ia akan dibicarakan," kata Americk.

Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan saman menteri besar Pahang ke atas akhbar Umno Utusan Malaysia selepas Mahkamah Rayuan menolaknya selepas mengguna-pakai undang-undang berkaitan kes Derbyshire County Council lawan The Times Newspapers Ltd.

Adnan menyaman Utusan susulan artikel bertajuk "Hebat sangatkah Adnan" pada 2014.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen