malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam: Keputusan sekat Tony Pua ke luar negara regresif
ADS

Mahkamah Rayuan bergantung pada kes terdahulu dalam penghakimannya terhadap anggota parlimen DAP, Tony Pua yang disekat melakukan perjalanan ke luar negara, kata seorang peguam di sebuah forum.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perlembagaan Undang-Undang Badan Peguam Malaysia, Surendra Ananth berkata, isu mengenai hak melakukan perjalanan ke luar negara telah dibawa ke mahkamah sejak tahun 1970-an.

"Untuk mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu salah akan menjadi keterlaluan.

"Tetapi apa yang boleh saya katakan adalah bahawa Mahkamah Rayuan telah mengambil pendekatan yang sangat regresif (berundur ke belakang)," katanya dalam sebuah forum mengenai larangan perjalanan ke luar negara di pejabat Malaysiakini, di Petaling Jaya hari ini.

Perkara-perkara yang dipertimbangkan, jelasnya, berdasarkan tafsiran yang berlainan mengenai Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak seseorang untuk hidup atau kebebasan peribadi mengikut undang-undang.

Bercakap di hadapan kira-kira 30 orang, Surendra menegaskan bahawa setiap individu mempunyai definisi sendiri mengenai apa yang menjadi kebebasan peribadi mereka - mulai dari mempertahankan diri daripada serangan hinggalah hak melakukan perjalanan ke luar negara.

"Jadi di sinilah berlaku perbezaan (pendapat). Satu pandangan ialah anda membaca perkataan (Perkara 5) secara harfiah. Pandangan lain ialah membaca perkataan itu secara umum," katanya.

Mengimbas pada tahun1960-an dan 1970-an, beliau berkata mahkamah telah menggunakan pendekatan yang lebih konvensional dan harfiah untuk menafsirkan Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen