malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Banyak lagi negeri lebih menarik dari Kelantan'
ADS

Tindakan Kelantan meluluskan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah di negeri itu tidak akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata, kerana banyak lagi destinasi pelancongan yang lebih menarik berbanding Kelantan.

Malah, Nazri berkata pelancong juga boleh mengelak ke negeri "Serambi Mekah" itu.

"Ia tidak akan menjejaskan pelancongan kerana terdapat negeri-negeri lain yang lebih menarik lagi dan terpulang kepada pelancong.

"Kalau mereka tak nak pergi (Kelantan), mereka boleh tak pergi. Kalau risau tentang itu jangan datang ke Kelantan.

"Banyak lagi negeri lain mereka boleh mereka pergi seperti Sabah dan Sarawak dan kalau mereka takut datanglah negeri-negeri lain macam Selangor, Pulau Pinang atau Langkawi, Kedah," kata Nazri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas merasmikan bengkel Malaysia My Second Home (MM2H) di Kuala Lumpur, hari ini.

Nazri mengulas tindakan kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata Kelantan kini bukan lagi merupakan pilihan utama pelancong.

Oleh demikian, Nazri berkata kerajaan negeri Kelantan boleh berbuat apa saja.

"Kalau risau tentang itu jangan datang ke Kelantan. Kelantan adalah negeri yang tidak sering dikunjungi jadi jika mereka mahu menjadikannya lebih kurang menarik, itu adalah masalah mereka," kata Nazri.

Lihat Komen