malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan kurangkan ganti rugi NSTP buat Lim
Diterbitkan:  Jul 12, 2017 9:57 PM
Dikemaskini: 1:59 PM
ADS

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) untuk mengurangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada asalnya NSTP diarah membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Januari lalu.

Bayaran itu adalah ganti rugi atas suatu artikel berunsur fitnah berkaitan prosiding mahkamah pada tahun lalu.

Utusan Malaysia melaporkan panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh mengarahkan NSTP membayar RM150,000 kepada Lim.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Asmabi Mohamad.

Bagaimanapun panel terbabit tidak mengubah dapatan fakta Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan mengekalkan keputusan hakim bicara terhadap liabiliti.

Lim yang juga setiausaha agung DAP menyaman syarikat penerbit akhbar Berita Harian itu atas dakwaan fitnah.

Lihat Komen