malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Petrol, diesel naik harga lagi
Diterbitkan:  Jul 12, 2017 5:55 PM
Dikemaskini: 10:13 AM
ADS

Harga runcit minyak petrol dan diesel naik lagi bermula 12.01 tengah malam ini.

RON95 naik 4sen kepada RM1.97 seliter, RON97 naik 3sen kepada RM2.22 seliter dan diesel pula naik 5sen kepada 1.96 seliter.

Kenaikan bermula tengah malam ini adalah yang kedua berturut-turut setelah trend menurun untuk lima minggu ketika musim perayaan sebelum ini.

Harga jualan runcit petrol dan diesel kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kepada kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar AS pada minggu terdahulu.

Lihat Komen