malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Amnesty selar sekatan ke luar negara
Diterbitkan:  Jul 11, 2017 10:12 AM
Dikemaskini: 2:15 AM
ADS

Amnesty International menimbulkan kebimbangan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua terhadap sekatan ke luar negara yang dikenakan terhadapnya pada 2015.

Pemantau hak asasi manusia dunia melihat langkah itu mungkin mempunyai motif politik.

“Amnesty International bimbang keputusan mahkamah itu mempunyai motif politik,” menurut kenyataan badan berpengaruh itu.

“Keputusan itu dibuat ketika kerajaan menekan perbezaan pendapat dengan meningkatnya jumlah tokoh politik Malaysia dan pembela hak asasi yang disekat daripada ke luar negara tanpa sebarang penjelasan.”

"Ketetapan itu dibuat ketika kerajaan semakin menekan pihak yang berbeza pendapat, dengan semakin banyak ahli politik Malaysia dan pembela hak asasi manusia dihalang daripada meninggalkan negara tanpa penjelasan," katanya.

Amnesty merujuk kepada keputusan 5 Julai lalu bahawa kerajaan mempunyai budi bicara penuh untuk menyekat rakyatnya ke luar negara tanpa perlu memberikan sebarang alasan atau notis.

Hakim Idrus Harun yang mengetuai panel tiga anggota dalam penghakiman 44 halaman mengaku tiada hak mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak untuk ke luar negara.

Beliau juga merujuk halaman terakhir dalam pasport Malaysia yang menyebut ia sebagai hak milik kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

[Baca berita asal]

Lihat Komen