malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
AMANAH cabar isu lanjut khidmat Raus ke mahkamah
Diterbitkan:  Jul 9, 2017 4:37 PM
Dikemaskini: Jul 10, 2017 5:46 AM
ADS

Parti AMANAH Negara (AMANAH) akan memfailkan semakan kehakiman berhubung lanjutan tempoh khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara.

Tindakan ini selepas Badan Peguam Malaysia, bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamed dan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan pelantikan itu bertentangan dengan perlembagaan.

Tempoh Raus memegang jawatan itu dilanjutkan kepada tiga tahun lagi bermula Jumaat lalu dengan pelantikan beliau sebagai hakim tambahan.

"Kerajaan menyebut pelantikan Tan Sri Raus bagi tempoh 3 tahun lagi dibuat di bawah Perkara 122 (1A) sedangkan ia hanya memperuntukan kuasa Yang di-Pertuan Agung (YDPA) melantik hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.

"Perdana menteri juga seolah-olah merampas kuasa legislatif dengan meminda Perlembagaan Persekutuan secara arbitrari.

"Selepas mengambil kira beberapa perkara penting dalam memastikan kesucian dan keluhuran Perlembagaan negara ini terus dipertahankan, AMANAH akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan berkenaan," kata naib presidennya, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan.

Lihat Komen