malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perancis haramkan kenderaan petrol, diesel menjelang 2040
Diterbitkan:  Jul 6, 2017 9:46 PM
Dikemaskini: 1:52 PM
ADS

Perancis merancang untuk mengharamkan semua kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol dan diesel menjelang tahun 2040.

Menteri Alam Sekitar Perancis, Nicolas Hulot membuat pengumuman tersebut ketika melancarkan sebahagian daripada rancangan Presiden Emmanuel Macron untuk menjadi negara yang bebas karbon menjelang 2050, memetik laporan Independent.

Hulot berkata, pihaknya menyedari sasaran berkenaan akan memberi tekanan kepada pengeluar kereta Perancis.

Tetapi, jelas beliau, firma pengeluar kereta Perancis kini mempunyai projek yang 'dapat memenuhi janji itu.

Sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, isi rumah miskin akan menerima premium agar boleh menukar kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel dengan alternatif yang bersih.

Pengumuman itu dibuat selepas Volvo mengumumkan mengenai rancangan untuk membina kenderaan elektrik dan hibrid dari 2019.

Lihat Komen