malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Alasan penghakiman COA belum diberikan - peguam Guan Eng
ADS

Mahkamah Rayuan (COA) masih belum memberikan alasan penghakiman tertulis dalam saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PERKASA Ruslan Kassim, New Straits Times Press (M) Bhd dan Utusan Malaysia untuk ketua menteri Pulau Pinang itu merayu di mahkamah tertinggi negara ini.

Peguam Lim, Americk Singh memberitahu Malaysiakini hari ini selepas mengadakan pengurusan kes di hadapan pendaftar Mahkamah Persekutuan Jumirah Marjuki.

"Ada pengurusan kes lanjutan pada 4 September ini sementara menunggu alasan penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan mengenai perkara itu," kata Americk.

Rayuan Lim kini menjadi tumpuan kerana pada enam bulan yang lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengadaptasi prinsip dalam kes Derbyshire County Council lawan The Times Newspapers Ltd & Others (1993) yang menyatakan pihak berkuasa tempatan tidak boleh memulakan tindakan perundangan dalam kapasiti rasmi.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengadaptasi kes UK itu, apabila dua firma media memetik saman Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob lawan Utusan sebagai bantahan awal, panel tiga hakim memutuskan Lim tidak boleh menyaman media dalam kedudukan rasmi beliau.

Panel Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan dalam kes Adnan adalah mereka yang sama mengendalikan kes Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen