malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Warga China disyaki ambil pasir laut secara haram ditahan
Diterbitkan:  Jul 6, 2017 2:50 PM
Dikemaskini: 6:51 AM
ADS

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4, Klang menahan sembilan warga China disyaki terbabit dalam pengambilan pasir laut secara haram di perairan Klang, semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada nakhoda dan kru kapal 'Xin Zhou 1' berusia lingkungan 41 hingga 60 tahun.

"Menerusi rondaan kira-kira 4.30 petang semalam, pasukan Maritim mengesan kapal itu kurang tiga batu nautika dari perairan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu gagal mempamerkan dokumen pengambilan pasir laut yang sah selain gagal mempamerkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL)...seorang daripada kru kapal itu juga dikesan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kesemua warga China yang ditahan itu akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Maritim Klang akan terus meningkatkan pemantauan serta operasi di kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas bagi menghalang dan mengekang jenayah maritim di perairan itu.

"Kami berharap orang ramai juga dapat memberikan kerjasama jika ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram seperti ini dan laporkan terus kepada kami di talian 24 jam MERS 999," katanya.


-Bernama

Lihat Komen