malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim: Bagi Hadi, derma Arab Saudi bukan campur tangan asing
Diterbitkan:  Jul 6, 2017 12:10 PM
Dikemaskini: 4:20 AM
ADS

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan pendapat Presiden PAS mengenai campur tangan asing berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bagi merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB.

Lim berkata, pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai campur tangan asing itu adalah "ganjil dan pelik", sebaliknya PAS akan menyerang Pakatan Harapan sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya berbuat perkara yang sama.

"Tetapi kenapa Hadi begitu bisu ketika (Perdana Menteri) Najib (Razak) mendakwa bahawa RM2.6 bilion dalam akaun bank pribadinya di Ambank adalah derma dari kerabat di Arab Saudi untuk pilihan raya umum ke-13?

"Kenapa campur tangan asing yang melemahkan kedaulatan Malaysia dianggap salah jika sumbangan itu berasal dari AS tetapi boleh diterima jika ia berasal dari Saudi?

"Kenapa Hadi bersikap dwistandard dalam tafsirannya tentang 'campur tangan asing - bahawa adalah salah jika (ia) dari negara-negara Barat tetapi boleh diterima jika dari Arab Saudi?" soalnya.

Menegaskan bahawa DAP tidak menyokong sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia sama ada dari Amerika Syarikat atau Arab Saudi, Lim berkata parti itu tidak boleh membenarkan Malaysia menjadi "kleptokrasi global".

"DAP tegas dengan pendirian ini kerana tidak ada agama yang menyokong rasuah atau kleptokrasi dan Hadi menyesatkan ahli PAS dan rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa Islam menyokong Malaysia menjadi 'kleptokrasi global'.

Najib sebelum ini menyatakan wang berkenaan adalah sumbangan ahli keluarga diraja Saudi dan menafikan menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika mengumumkan Najib bersih daripada sebarang salah laku juga mendakwa wang berjumlah AS$ 620 juta itu telah dikembalikan kepada penderma.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen