malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS cabar Husam, Lim namakan calon ketua menteri P Pinang
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 5:59 PM
Dikemaskini: 10:10 AM
ADS

Pengumuman pemimpin DAP Lim Kit Siang bahawa Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa bakal menjadi menteri besar Kelantan terus mendapat perhatian PAS.

Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, langkah itu membuktikan [percaturan dan campur tangan DAP yang berlagak sebagai "tuan" kepada Pakatan Harapan.

Sebaliknya, beliau mencabar kedua-dua pemimpin itu menamakan calon bagi ketua menteri Pulau Pinang yang didakwanya masih samar.

"Jika Husam dan Kit Siang bermaruah, sepatutnya mereka terlebih dahulu menamakan calon ketua menteri Pulau Pinang yang kini kabur setelah Lim Guan Eng berhadapan skandal rasuah," kata Mohd Akmal dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pengezonan semula sebidang tanah.

Beliau juga menghadapi pertuduhan lain di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah banglodi bawah nilai pasaran.

Menurut Mohd Akmal, kenyataan Husam bahawa PAS tidak pernah mengemukakan nama calon menteri besar Kelantan jelas memperlekeh dan menghina allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka berdua nampaknya punya banyak persamaan dalam ‘keterujaan dan keghairahan’," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Nasaruddin Daud berkata pengumuman Kit Siang sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin PAS itu.

Katanya, berdasarkan sejarah dahulu, Umno pernah melakukan perkara sama kepada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin berkenaan.

"PAS tidak terancam, bagi saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DAP atas pengumuman itu. Dalam kes Umno, mereka menyebut pemimpin mereka sendiri, tetapi sokongan DAP terhadap Amanah membawa impak negatif yang lebih besar," katanya menurut Sinar Harian hari ini.

Lihat Komen