malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Shamsubahrin dibebas tuduhan tipu bos NFC
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 6:08 PM
Dikemaskini: 10:10 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, daripada lima tuduhan menipu dan pengubahan wang haram membabitkan kes syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata sabitan terhadap Shamsubahrin tidak dapat dikekalkan kerana ia dibuat berdasarkan kepada tuduhan yang diubah mahkamah sesyen - ketika penutupan kes di pihak pendakwa - atas fakta yang dipersetujui oleh peguam bela dan pendakwa semasa perbicaraan.

"Ini adalah prejudis kepada Shamsubahrin. Jika diberitahu fakta yang dipersetujui adalah dalam bentuk sebahagian daripada tuduhan, beliau mungkin tidak akan bersetuju.

"Justeru sabitan atas dasar fakta yang dipersetujui itu tidak boleh dikekalkan," katanya.

Azman juga berkata, mahkamah membenarkan rayuan dikemukakan Shamsubahrin dan mengetepikan sabitan serta melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan.

Dua tahun lalu mahkamah sesyen menjatuhi hukukan penjara lapan tahun dan empat sebatan ke atas Shamsubahrin selepas disabitkan kesalahan atas lima tuduhan menipu Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, membabitkan nilai RM1.755 juta.

Dia turut didapati bersalah oleh mahkamah itu atas 17 tuduhan pengubahan wang haram.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen