malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kecaman Umno: Kit Siang cabar Hadi bela Tuan Ibrahim
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 3:34 PM
Dikemaskini: 7:40 AM
ADS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar untuk membela timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas dikecam oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

"Penggerak propaganda Umno menggunakan presiden PAS untuk menyerang timbalan presiden PAS! Bilakah ada insiden serupa dalam sejarah 66 tahun parti itu," tanya pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, hari ini.

Mohd Puad pada masa ini mengepalai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dilihat sebagai cabang propaganda kerajaan BN.

"Apakah presiden PAS akan mempertahankan timbalannya dari serangan Umno itu? Agak melangkaui pemikiran!," tambah Lim.

Semalam, Mohd Puad mengecam Tuan Ibrahim kerana mendakwa kegagalan negara untuk terus menyiasat skandal 1MDB membuka ruang kepada negara luar membuat siasatan di seluruh dunia.

“(Dakwaan) kegagalan penguatkuasa dalam negara membuka ruang kepada pihak luar membuat siasatan adalah sama sekali tidak benar.

“Sebaliknya ruang untuk pihak berkuasa asing ini dibuka oleh individu-individu yang membuat laporan dengan tujuan untuk memancing campur tangan pihak asing ini ke dalam konflik politik di dalam negara.

“Dan (hujah) ini disokong sendiri oleh Abdul Hadi," kata Mohd Puad.

PAS sedang mengusahakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas 1MDB agar siasatan boleh dilakukan secara telus oleh sebuah badan tempatan.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk kuasa asing mencampuri urusan domestik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen