malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Keng Liang cabar Nik Nazmi 'hapus' yuran Unisel dulu
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 5:36 PM
Dikemaskini: 9:40 AM
ADS

Sayap pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) patut membuktikan ikrar pilihan raya untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma dengan segera melaksanakan dasar seperti itu di negeri di bawah kawalannya, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.

"Amat mudah bagi Pemuda HARAPAN untuk menjanjikan segala macam benda demi memancing undi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Bagaimanapun, Pemuda Gerakan ragu-ragu sama ada ia hanyalah janji kosong atau sebaliknya," kata Tan dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang membentangkan manifesto sayap Pemuda HARAPAN untuk PRU14, hari ini.

Manifesto yang diiktiraf oleh sayap belia dari semua empat parti komponen HARAPAN, antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

Perkara penting lain yang diketengahkan termasuk mengulangi ikrar untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti tempatan.

Justeru, Tan mencabar Nik Nazmi untuk membawa usul bagi memansuhkan yuran tuisyen di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada mesyuarat exco akan datang.

Nik Nazmi adalah pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi kerajaan negeri Selangor.

"Tidak ada alasan mengapa HARAPAN menolak untuk memberikan pendidikan tinggi percuma di kedua-dua, Unisel dan KUIS kerana mereka berjanji untuk berbuat demikian dalam manifesto pilihan raya," jelas Tan lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen